lift up my soul ya ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Ya ALLAH, lift up my soul..
I'm too tired and I need a strong soul..strong heart..
Forgive me ya ALLAH..

T_T

forgive me Mum!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Tajuk entri di atas amat jelas I dah buat dosa kat mummy I. Berbekalkan kebengkakan dan kelebaman di mata seolah-olah ditinju dan digusti tanpa belas kasihan, I nak mintak maaf dengan mi I. I dah buat beliau menitiskan air mata sebab I menangis tanpa isyarat di hadapan beliau. Persamaan dua beranak ini ialah amat sensitif dan murah air mata~

Kepada my mum yang sentiasa di sisi tika susah dan senang, I a.k.a kak yong mintak maaf bebanyak sebab dah buat mi susah hati dengan tindakan kurang cerdik dan kurang bijak ini. Your daughter needs to be blamed maybe..

Thanks mum sebab meluangkan masa dengan kak yong semata-mata bicara tentang kasih sayang. Luahan hati sedalam-dalamnya telah dikeluarkan dan dilonggokkan dengan kebanjiran titisan air mata. Tiada lagi rembesan tapi hujan amat lebat mencurah-curah di pipi..Kholas!

My mum dah up jadi delegasi hati I untuk bicara tentang itu. I masih tiada kekuatan untuk berdepan apatah lagi untuk membuka mulut mengeluarkan mutiara di lubuk hati yang dalam. Hati amat sayu bila kenangan itu mencuit dahan hati. Bukan mudah untuk melalui dan menempuhi. I pasti mengalami kesesakan lalu lintas bila kenangan itu beratur panjang dan berlumba-lumba masuk kotak fikiran. Amat penat~

Mum.. nak cakap lagi perkataan maaf itu sebab kak yong dah kuciwakan hatimu and babah.. I know both of u mengimpikan sedemikian. Tapi I dah musnahkan. I pon mahukan sedemikian tapi I terasa diri I ni tidak diperlukan. Lalu I lepaskan untuk biar kebahagiaan menyelubunginya. Warkah itu membanjirkan hati I dengan seribu kesedihan. I diuji sebenarnya. Itu hakikatnya. I dah hilang itu, itu juga hakikatnya. I tak pasti sama ada boleh menggapai bintang itu kembali. Yang pasti hanya satu..janji untuk biarkan sesuatu memayungi hati I, akan I tanamkan dan siramkan ia selalu. Alhamdulillah ia tetap mekar dan tak pernah hilang dan pudar.

amalkan doa ini..
Moga Allah sentiasa permudahkan segala urusan I..aameen ya Allah, aameen ya Rahman, aameen ya Rahim..
aameen..aameen ya Rabbal 'alamin..
Wassalam..

I'm back!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah I masih terasa yang hati I memerlukan 'pau kaya vs cendols'. Dah lama I tak godek-godek and make up blog ni dengan entri yang baru. So, sempena dengan 7 Syawal ni, I melekatkan diri I pada dinding jauh dari pandangan orang lain untuk kembalikan keceriaan pada blog yang dah dimakan anai-anai ni. Eh, I'm back!!
sekadar mengembalikan diri pada kenyataan sebelum kembali padaNya
Sejarah membuktikan bahawa sedetik demi sedetik I rawat hati yang lara. Tiada tawa, tiada perangai yang gila-gila, tiada apa-apa. I belajar menjadi skema. Owh itu bukan diri I yang sebenar. I runsing, keliru.. Rasanya tak perlu didedahkan, diexposekan, dielaboratekan dan didescribekan sebab musababnya dan strategi yang digunakan untuk berdiri dengan lebih kukuh dan teguh. I belajar macam-macam luar dari kotak subjek-subjek yang pernah I belajar dari tadika Islam until universiti sains Islam.

I tak berapa clear dengan itu. Itu buat I tak clear...amat kabur dan kabur lagi. Hakikat hidup tak mengizinkan kita untuk menerjah sesuatu di luar batasan akal. Usah dipaksa segala neutron di saraf otak untuk bekerja mentafsir masa depan. Kita hanya mampu menjangka dan terus cuba untuk menduga. Tetapi Allah Maha Pencipta akan tentukan segalanya. Tidak salah kita mencuba dan berusaha tetapi usah ditangisi bila hajat kita tidak ke mana dan gagal terlaksana. Umum sendiri maklum bahawa kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita sesaat selepas ini, seminit, sejam, sehari, esok, tulat dan pada masa akan datang. Wallahu'alam.

Kemunculan ini I dengan rendah hati ingin menyusun 10 jari mohon maaf mohon ampun kepada sesiapa yang mengenali diri ini. I sedar I banyak salah dan silap dengan u all and I harap u semua dapat maafkan I. I doakan kita semua sentiasa tabah, kuat, cekal dan sabar menempuh hari yang mendatang..

Salam sayang untuk u itu dan u ini..
Wassalam (",)