I'm back!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah I masih terasa yang hati I memerlukan 'pau kaya vs cendols'. Dah lama I tak godek-godek and make up blog ni dengan entri yang baru. So, sempena dengan 7 Syawal ni, I melekatkan diri I pada dinding jauh dari pandangan orang lain untuk kembalikan keceriaan pada blog yang dah dimakan anai-anai ni. Eh, I'm back!!
sekadar mengembalikan diri pada kenyataan sebelum kembali padaNya
Sejarah membuktikan bahawa sedetik demi sedetik I rawat hati yang lara. Tiada tawa, tiada perangai yang gila-gila, tiada apa-apa. I belajar menjadi skema. Owh itu bukan diri I yang sebenar. I runsing, keliru.. Rasanya tak perlu didedahkan, diexposekan, dielaboratekan dan didescribekan sebab musababnya dan strategi yang digunakan untuk berdiri dengan lebih kukuh dan teguh. I belajar macam-macam luar dari kotak subjek-subjek yang pernah I belajar dari tadika Islam until universiti sains Islam.

I tak berapa clear dengan itu. Itu buat I tak clear...amat kabur dan kabur lagi. Hakikat hidup tak mengizinkan kita untuk menerjah sesuatu di luar batasan akal. Usah dipaksa segala neutron di saraf otak untuk bekerja mentafsir masa depan. Kita hanya mampu menjangka dan terus cuba untuk menduga. Tetapi Allah Maha Pencipta akan tentukan segalanya. Tidak salah kita mencuba dan berusaha tetapi usah ditangisi bila hajat kita tidak ke mana dan gagal terlaksana. Umum sendiri maklum bahawa kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita sesaat selepas ini, seminit, sejam, sehari, esok, tulat dan pada masa akan datang. Wallahu'alam.

Kemunculan ini I dengan rendah hati ingin menyusun 10 jari mohon maaf mohon ampun kepada sesiapa yang mengenali diri ini. I sedar I banyak salah dan silap dengan u all and I harap u semua dapat maafkan I. I doakan kita semua sentiasa tabah, kuat, cekal dan sabar menempuh hari yang mendatang..

Salam sayang untuk u itu dan u ini..
Wassalam (",)
0 Responses