Hidup lebih bermakna andai kita selalu redho..love
Assalamualaikum wbt...
Eh, cuti I yang panjang tu dah nak habis. Tinggal berapa hari je lagi. Malas nak balik kolej sebab rutin I akan berubah lagi. Dah tak boleh tengok tv. Takde dah cite csi, numbers, and oprah yang I suke tengok pagi-pagi. Confirmly I dah tak tau pasal cite Mis Tres Hermanas pukul 11.30 lepas masak, cite Alisa pukul 2 petang, cite She Wolf pukul 3 petang, sinetron Cinta dan Anugerah pukul 5.30 petang and Benci Bilang Cinta pukul 6.30 petang.Hmm..hobi mase cuti akan ditamatkan =)
I ada rasa rindu kampus. Rindu dewan kuliah and kari kat cafe. Tapi sebelum ke kampus, ada hal pasal kolej nak uruskan. I tak tau I dapat rumah mana, tingkat berapa, blok apa, and dengan siapa. Yang pasti, barang I 3 kotak dan beg besar macam guni tu nak angkat macam mana. Waktu sumbat semua tu dalam stor, I berkolabrasi dengan bestfriend I. So, semua jadi ringan. Rasanya, I balik nanti dia tak sampai lagi sebab dia takde tiket flight lagi. Apa pun, I kena makan banyak and tambah energy sementara ada di kampung ni sebab mungkin I akan terkodek-kodek angkat barang-barang I sendiri. Aishhh~
Lepas masuk sem ni, surely I busy. Tesis oh tesis. Kepala I akan semak kembali dan akan sakit di beberapa tempat. Akan kembali lelah dengan assignment. Akan kembali runsing dengan exam.. Tamo-tamo..
I dah nak practical akhir Disember tahun ni, insyaAllah. Lepas grad, konon nak masuk maktab. Cuti sem ni I terbukak hati nak jadi cikgu. Sejak bila tah.. Dulu masa kecik, pantang orang tanya pasal cita-cita, laju je I jawab, I nak jadi doktor atau saintis. Haa..ada kelas la konon.Tapi, dah beso ni, tak tahu pulak nak jadi ape.
Joblesskan menggunung, so I plan nak jadi cikgulah. Mulia what? kan? kan? Tapi nak jadi cikgu pun bukan senang. Cabaran jugak. Hmm..positif la kan, takde feel kalau takde cabaran. InsyaAllah, kalau ada rezeki, dapat kerja yang baik, I on. I rasa I tak terlalu memilih nak yang standard, gaji power or boleh hidup mewah asal family I hepi I boleh senangkan diorang cukup~
Memandangkan I dalam Arabic n communication field, I lagi tak tau ape I nak jadi. Wartawan, oh no! Amat sibuk and I takde gaya nak jadi reporter. Pengalaman ikut reporter Tv9 dah tunjuk kat I semuanya. Yang best pon dapat makan free and sedikit seronok kalau dapat cover berita kat obesi @ hotel mewah. Materialistikkah? Hmm..maybe, tapi -1. Konon sekiranya dapat permission dari big boss I untuk sambung master, I akan tukar plan. Tapi setakat ni I jatuh cinta nak jadi cikgu. Selamat pagi cikgu! Oh dah terbayang bila I masuk kelas, anak murids I akan wish sedemikian. Berangan sedikit tak salahkan? =p
Sedikit geli jantung I bila nenek I tanya bila nak bertunang. Owh..perancangan I dah bertukar. Harap nenda I memahami. (",)
Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk I lebih bahagia.Thanks ye kepada semua ahl bait and 3 orang hamba Allah yang selalu ada untuk I. Yang amat memahami, even U dah keje, still ade mase untuk I. Pandangan u buat I berpikir dengan lebih dewasa. Sahabat..seriously I sayang U berdua.
Hidup lebih bermakna andai kita selalu redho..love~