sad love story..
Assalamualaikum wbt..
Hmm.. I tak pasti tajuk entri kat atas related @ not dengan apa yang I nak merepek ni. Yang pasti I nak cakap pasal cinta. Talking about love buat I rasa hati ini indah and kembang semangkuk. Tapi itu dulu dan sekarang I tak pasti mana perginya rasa teruja dan indah itu.
Dimulakan dengan proses lamaran, saling mengenali hati budi dan diperkenalkan kepada orang tua dan keluarga masing-masing buat I terpana dan yakin inilah cinta I. Restu family kukuhkan semuanya dan janji dipateri antara dua hati. Amat indah~
Selama beberapa tahun ni, dia I punya. Itu yang I rasa. Tapi..dalam tempoh ni, banyak dugaan dan ujian yang datang. Normalkan semua ni? Yang kuat akan bertahan dan yang lemah akan mengalah. Yang kuat itu pasti menang dan yang lemah itu pasti kalah. Kan, kan? Bagi I, bertahan dan bersabar itu perisa mujarab untuk perjuangkan cinta. Buat apa bercinta kalau matlamat bukan untuk ke alam rumahtangga?
I tau semua dah maklum bukan mudah menggapai kebahagiaan tanpa kepercayaan dan kesetiaan. Bukan senang jugak nak pertahankan hubungan tanpa kesefahaman dan keserasian. Cinta yang suci datang dari hati nurani yang ikhlas, yang dipateri kerana Allah, yang digapai untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Seberat-berat dugaan yang datang, akan disambut dengan tenang dan tangis kesyukuran.
Ini diri I---> Mungkin nampak lemah luaran dan dalaman. Yang tahu dan kenal I, akan tahu siapa I sebenarnya. I pantang berundur dalam belajar tapi mudah tersungkur dalam percintaan.. Jujurnya.. I tak pernah kenal cinta dan tiada keinginan untuk bercinta sepanjang I belajar dari tadika sampai habis SPM. Hmm,, bila dah gatal sikit I mula bercinta..Cinta pertama..already gone...Cinta kedua..till now.
Cinta hari ini..I tak tau kesudahannya.. Kali ini daya untuk berjuang tiada..I gagal untuk bahagiakan dia. I tau someone itu boleh bahagiakan dia. I akan doakan mereka. Itu pasti! Mencintai tak semestinya memiliki begitu juga vice versa~
"Terima kasih awak kerana bagi peluang untuk saye"
(^_^)