w.i.t.h.o.u.t.y.o.u

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt,,

Softly you called to me
Across the space between
Across eternity
Where love winds a path unseen
Out of the wilderness
You beckoned my every step
I stumbled sometimes and yet
I never once looked back
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
Like a heart between beats
I would feel nothing you see
If you took your love from me
I don’t know what more would life mean?
I’d use my final breath
To call out your name and let
That breath upon the breeze
Rise like a kiss to thee
So you might see
Just what your love has meant to me
And what the cost of losing you would be
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You
‘Cos I would see
The man I know I used to be
How I was lost before you reached for me
No I don’t know
Where I would go
What I would do
Without You
Without You
Without You


^^

Dukacita dimaklumkan..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

So stress this day.. Margin can make me crazy..
Jangan heran kalau orang jerit-jerit kat Sutera Indah and jangan buat pelik kalau ada orang lompat-lompat and buat gila kat hostel I. Kawan-kawan I dah bunyi macam-macam.. I bunyi jugak.. tapi I bunyi dengan karok kuat-kuat. Sori to say..  maybe entri ni penuh perasan and perasaan. Hati dah tak tertahan nak tanggung beban tu yang lepas kat sini. Nak story pon da malas. Yang pasti pasal MARGIN not migrain~

Eh, kenapa u tak selarikan margin for thesis ye?
I musykil dan geram sangat! Huh! Emosi turun naik tapi alhamdulillah maseh waras~
Dari sebelum subuh I adjust margin. Bajet amat enjoy, tapi suffer yang I rase..

Tesis done.. Yeah, alhamdulillah.. tapi setakat done tak boleh print, boleh ke?
Setakat print margin hanco baik I lari dari hostel. Kan? Huhu..

Laen kali, margin tu sile selaraskan.. Bebudak macam I ni amatlah terkilan sebab ni kes besar. Takkan setiap page nak setting laen-laen.. Siap nak ukur dengan pembaris Memoris-Precious I? Amatlah mendukacitakan full stop..

Ok done rase geram.. Da boleh sambung adjust margin dengan aman and senyuman :)

Eh.. kepade sesiapa yang terbace this entry..tak yah rase pape ok? Ni luahan bebudak tadika  macam I.. Ok u.. Ambik berat sumenye.. dalam kurungan take care..
Wassalam.. (^^,)

Mesej tak sampai..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

(^^,)
Kau sangat istimewa
Kau tiada duanya
Yang menghangatkan jiwa

Kita telah dipertemukan
Bagai novel cinta
Indahnya cuma kita yang rasa

Tiap saat bagiku
Ingin menyintaimu
Tak pernah kau kulupa
Selalu ku hubungi mu

Kau pun jua begitu
Bicara soal rindu
Katakan apa saja
Pasti kita sama setuju

Namun mengapa sejak kelmarin
Engkau mendiamkan diri sepi dariku
Kucuba menghubungimu tapi
tiada jawapan yang kuterima
Hanya suara wanita yang berkata
Sila hubungi semula

Mengapa apakah yang terjadi antara kita
Tidak pernah aku sedikit pun untuk
Cuba mengguris apatah lagi cuba menyakiti hatimu
di manakah ruang itu yang kau mungkin pernah
cuba untuk menjelaskannya padaku

Masa berganti waktu
Kuharapkan namamu
Kan muncul menyerikan
Paparan panggilanku

Namun hampa yang kutemu
Bila tiap mesejku
Tak sampai kepadamu
Katanya message undelivered

lift up my soul ya ALLAH..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Ya ALLAH, lift up my soul..
I'm too tired and I need a strong soul..strong heart..
Forgive me ya ALLAH..

T_T

forgive me Mum!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Tajuk entri di atas amat jelas I dah buat dosa kat mummy I. Berbekalkan kebengkakan dan kelebaman di mata seolah-olah ditinju dan digusti tanpa belas kasihan, I nak mintak maaf dengan mi I. I dah buat beliau menitiskan air mata sebab I menangis tanpa isyarat di hadapan beliau. Persamaan dua beranak ini ialah amat sensitif dan murah air mata~

Kepada my mum yang sentiasa di sisi tika susah dan senang, I a.k.a kak yong mintak maaf bebanyak sebab dah buat mi susah hati dengan tindakan kurang cerdik dan kurang bijak ini. Your daughter needs to be blamed maybe..

Thanks mum sebab meluangkan masa dengan kak yong semata-mata bicara tentang kasih sayang. Luahan hati sedalam-dalamnya telah dikeluarkan dan dilonggokkan dengan kebanjiran titisan air mata. Tiada lagi rembesan tapi hujan amat lebat mencurah-curah di pipi..Kholas!

My mum dah up jadi delegasi hati I untuk bicara tentang itu. I masih tiada kekuatan untuk berdepan apatah lagi untuk membuka mulut mengeluarkan mutiara di lubuk hati yang dalam. Hati amat sayu bila kenangan itu mencuit dahan hati. Bukan mudah untuk melalui dan menempuhi. I pasti mengalami kesesakan lalu lintas bila kenangan itu beratur panjang dan berlumba-lumba masuk kotak fikiran. Amat penat~

Mum.. nak cakap lagi perkataan maaf itu sebab kak yong dah kuciwakan hatimu and babah.. I know both of u mengimpikan sedemikian. Tapi I dah musnahkan. I pon mahukan sedemikian tapi I terasa diri I ni tidak diperlukan. Lalu I lepaskan untuk biar kebahagiaan menyelubunginya. Warkah itu membanjirkan hati I dengan seribu kesedihan. I diuji sebenarnya. Itu hakikatnya. I dah hilang itu, itu juga hakikatnya. I tak pasti sama ada boleh menggapai bintang itu kembali. Yang pasti hanya satu..janji untuk biarkan sesuatu memayungi hati I, akan I tanamkan dan siramkan ia selalu. Alhamdulillah ia tetap mekar dan tak pernah hilang dan pudar.

amalkan doa ini..
Moga Allah sentiasa permudahkan segala urusan I..aameen ya Allah, aameen ya Rahman, aameen ya Rahim..
aameen..aameen ya Rabbal 'alamin..
Wassalam..

I'm back!!

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah I masih terasa yang hati I memerlukan 'pau kaya vs cendols'. Dah lama I tak godek-godek and make up blog ni dengan entri yang baru. So, sempena dengan 7 Syawal ni, I melekatkan diri I pada dinding jauh dari pandangan orang lain untuk kembalikan keceriaan pada blog yang dah dimakan anai-anai ni. Eh, I'm back!!
sekadar mengembalikan diri pada kenyataan sebelum kembali padaNya
Sejarah membuktikan bahawa sedetik demi sedetik I rawat hati yang lara. Tiada tawa, tiada perangai yang gila-gila, tiada apa-apa. I belajar menjadi skema. Owh itu bukan diri I yang sebenar. I runsing, keliru.. Rasanya tak perlu didedahkan, diexposekan, dielaboratekan dan didescribekan sebab musababnya dan strategi yang digunakan untuk berdiri dengan lebih kukuh dan teguh. I belajar macam-macam luar dari kotak subjek-subjek yang pernah I belajar dari tadika Islam until universiti sains Islam.

I tak berapa clear dengan itu. Itu buat I tak clear...amat kabur dan kabur lagi. Hakikat hidup tak mengizinkan kita untuk menerjah sesuatu di luar batasan akal. Usah dipaksa segala neutron di saraf otak untuk bekerja mentafsir masa depan. Kita hanya mampu menjangka dan terus cuba untuk menduga. Tetapi Allah Maha Pencipta akan tentukan segalanya. Tidak salah kita mencuba dan berusaha tetapi usah ditangisi bila hajat kita tidak ke mana dan gagal terlaksana. Umum sendiri maklum bahawa kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada kita sesaat selepas ini, seminit, sejam, sehari, esok, tulat dan pada masa akan datang. Wallahu'alam.

Kemunculan ini I dengan rendah hati ingin menyusun 10 jari mohon maaf mohon ampun kepada sesiapa yang mengenali diri ini. I sedar I banyak salah dan silap dengan u all and I harap u semua dapat maafkan I. I doakan kita semua sentiasa tabah, kuat, cekal dan sabar menempuh hari yang mendatang..

Salam sayang untuk u itu dan u ini..
Wassalam (",)

Hilang seketika....

Assalamualaikum wbt..

I nak mintak maaf untuk semua yang bace blog I ni..
I akan hilangkan minat I untuk berblogging sementara waktu..
I amat perlu jaga hati I sekarang..
I nak pergi berkelana..Jauh dari U all semua..

Untuk U yang itu dan U yang ini..
I mintak maaf ea atas salah silap I..
I nak menyendiri dan tak nak terlibat dengan dunia IT dalam tempoh ini..
I tahu banyak salah faham dan sakit hati yang I munculkan..
Hati I pun terhiris, terguris dan tergilis..
Hmm..tidak mengapa Allah tahu semuanya..

I dah mengalah terhadap Encik Online..
I tak nak Online buat masa ni..
Hati I tak berapa kebal nak menangkis virus-virus luar..
Kaspersky pun tak lut..aishh

To all yang selalu ade mase untuk blog ni..terima kaseh..
U akan hilang I buat seketika..
Tak mengapakan?

Yang pastinya.. I mintak maaf pada semua yang berkenaan..
Mungkin diam I timbulkan salah faham..
Mungkin kata-kata I buat hati terguris..
Mungkin tulisan I buat hati menyampah..
Mungkin mesej I buat hati terluka..
Mungkin status di Fb I buat hati sakit..

I dengan rendah diri mintak ampun mintak maaf..
Mintak halal apa yang kurang dan apa yang lebih..

Ya Allah..I'm seeking for your forgiveness..
Make me strong and drowning with your love.. 
Wallahua'lam..

Take care semua..
May Allah bless us..aameen..
(^_^)


Alhamdulillah..akhirnya...

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah..I dah tahu siape yang hack I punye akaun.
Buat yang berkenaan..
U boleh salahkan I atau tuduh I macam macam..U know nothing and U are not in my place.
Tafadholi kalau nak buat ape-ape yang U rase sesuai untuk I.
I tahu dan yakin Allah sentiasa dengan I.
Semua yang jadi ni I terima seadanya dan I tahu Allah uji I untuk tengok sejauh mana kesabaran I.
I takde kuasa nak balas membalas sebab I anggap U salah faham.
I takkan doa yang tak baik untuk orang lain sebab I rasa better kita mendoakan semua jadi hamba Allah yang baik sebab dengan tu je dapat bantu kita bersihkan hati dan tambah pahala.
Thanks mengaku kat I ape yang U rase. I kurang share pada orang lain tentang ape yang jadi sebelum ni except my family and my bestfriends.
U..maybe U tahu semua..ok..takpe..I know U love someone and marah kat I sebab I decide keputusan.
Yang pasal dulu dah berlalu dan tak jadi kudis kat I..I tau U marah kat I sebab U anggap I hurt someone. 
U tau sesuatukan? Baik buruknya seseorang itu Allah nilai pada hati.
I terima je U anggap I macam mane. I dah maafkan pasal ni. And one thing, don't accuse me if U have no proof..
For your question..who humiliate him at his blog..I'm totally don't know.Honestly I don't know..I'm not the kinda of that..
In case of take over..I've never accuse anyone..I don't ever think who..I have no suspect and my friends also didn't mean to accuse  who..
Thanks for being concern..and Selamat Pengantin Baru..I akan doakan U bahagia dunia dan akhirat..
Salam sayang~
Ukhwahfillah abadan abada..
(^_^)

CokLaT HacKS daN HaCkEr

Assalamualaikum wbt..

Memandangkan I demam hari ni, mood I tunggang langgang..Emosi sedikit terganggu dan tahap kecekapan untuk revision and do thesis amat lemah tahap 1. Ape pun, demam ni dapat kurangkan dosa I..Thanks Allah, mungkin I leka dengan dosa yang dilakukan dan sekurang-kurangnya dengan sakit ni I dapat muhasabah diri I ni.

Tengahari tadi, baru je lepas I makan nasik berlaukkan kari ayam, bestfriend I call. Honestly, ape yang kawan I cakap buat I terdiam. Aishhh...I terkena lagi ke? Hmm..Fb I ade orang hack la U. Dah dua kali I kena macam ni.. Siape pulak la yang suka buat macam ni kat I? Nak praktis ape yang dah belajar pun agak-agakla. Bangga sangatla kot jadi hacker berjaya. Bangga ke? Amik la kalau nak sangat title hacker cemerlang. I kasi U free je wahai hacker..

I punya sabar tipis kali ni. Demam macam ni pun I tercongok lagi depan lappy nak berblogging. Lepas gerammm...I dah banyak kali cuba nak access I punya yahoo..Bape kali da U tuka I punya password? Suka la sangat dengan status take over-kluang crewz U tu. Ym pon U amik..Fb I U dah hacked.. Dah puas hati? Kalau I tau U ni sape wahai hacker..I ade hadiah kat U..U tunggu la maybe doa orang teraniaya macam I ni Allah makbulkan.. Just wait and see.. Ape pon I harap U taubat dan takde niat yang tak baik kat I.

Cik/Encik Hacker..
Kalau I ade salah kat U..I mintak maaf.. Seriously I tak tau U ni siapa..I beg U..jangan salah gunakan yahoo  id I, Ym and Fb I.. I nak marah macam mana lagi pon I tak tau..U tak payah la nak hack2 macam ni..tak gentle and tak sweet..Kasi tau la kalau U sakit hati dengan I.. Settle baek2 lebih afdhol..

Thanks kat kawan-kawan I yang selalu dengan I. I memang sayang korang..Sabar tu memang beautiful kan? kan?

Eh hacker..I nak kasi U coklat hack.U nak tak? Please jangan buat I macam ni ea.. I yang tak bijak bab-bab teknologi canggih ni memang mudah kena hacking. Aishhh.. Tepat U pilih mangsa..Tahniah...
Kalau dah puas hack akaun I..tobat la ea..
Moga Allah ampunkan kita semua..aameen..

(^_^)

Rase itu datang lagi,....

Assalamualaikum wbt..

Hari ni I mula tutorial.. Amatlah perlu bersemangat sebab lately semangat I naik turun..hilang and muncul tiba-tiba. Tak boleh diduga..~
Hidup I berwarna-warni rasenye dan dah berubah 360 darjah. Ye  ke?

Kenangan semalam I semat rapi dalam hati. Kenangan itu tak bisa lupus..tak bisa lepas,. tak bisa hilang.. Hmm..I tak pasti~ 
Rindu nak karaoke lagu Kenangan Terindah dengan membe-membe yang sewaktu dengan I. =D

Hati ini kembali tenang... Allah tahu jiwa I kacau sebelum ini. Buat keputusan tak mudah ye kawan-kawan..
Tapi dengan petunjuk Allah..semuanya akan jadi senang..So..lipat gandakan doa and mohon padaNya..

Sengaje motivasikan diri sendiri.. I tak cukup baik untuk someone itu..Mesti Allah kasi die yang terbaek..
Orang yang baik dengan orang yang baik..Macam tulah jugak sebaliknya..
Hmm..I kalau nak dapat yang baik kene jadi baik.. Nampak sangat I ni tak berapa baik..kan? kan?

Aishhh.. rindu kat mummy pulak dah..
Memang kacau kalau perasaan ni datang..
Semua keje I tak jadi.. Mula la I gedik-gedik belek jam tangan.. I nak calling-calling mi I..
Time sekarang tak boleh! Time macam ni.. mi I ngaja lagi.. 
Susah-susah petang kang abis kelas I call.. Mesti mi I dok wat cokodok @ cok bawang untuk babah I...agaknye la..aishh~
Petang kang nak ingatkan mi pasal baju raye...Yang pasti I tak tau tema tahun ni..

Owh babah!!!!
Payah kalau I tingat babah ni..
Paling dapat obat rindu pon kalau I miskol die..Sah..babah I akan call me back..
Wewittt..jimat kedit I..
Anak yang baek mesti taat what..kan? kan?
I ikot cakap babah I..no to need call him..juz miscall..and he will roger me back,.,
Itu yang babah I pesan ye..(^_^)

Alang-alang teringat mak bapak..I sumbat sekali rase ngade-ngade rindu kat siblings I..
Eti and Eman..Haa..dua orang budak kecik tapi berbadan besar ni saingan I..
Eh U pernah tak bersaing dengan siblings U..sape lagi manje? 
Tak pernah ea?
Tak kisah la..family laen-laen kan? =D

Eti @ pau kacang merah,,,
Sowi I marah U semalam... huhu..
Sowi ea..kak yong blur sikit..
Mu tanye gane semale?
Mu tanye laeng ghoyak laeng..aishhh~
Sowi baiduriiii..try tanye membe deh...
Hmm..pasal kamus Arab tu..belila..
Kak yong takde lagi..So ley share deh? :p

Eman
Si budak manje..Rindu kat U..lol~
Rahsie mu rahsieku juge..kan? kan?
Hmm..ini budak nak SPM this year..
I sebagai kakak yang baik akan sapot ini adik..
Aiman @ anakmakabah..gud luck okey?

Dah penat ni..nk g tutorial jap lagi..
tAKE CARe!
(^_^)


I kasi U kaseh...

Assalamualaikum wbt..

Terima kasehhh I ucapkan kepada semua..
Semua anggota keluarga..
Kawan-kawan..

Thanks ya..
May The Almighty bless us..aameen..

Cinta hati shaye~

Assalamualaikum wbt..

Ye,Allah selalu dengan shaye..
Allah akan selalu bersama shaye..
Cinta Allah itu lebih indah..
lebih kekal dan abadi..

Cintakan Allah takkan wat shaye lelah..
Shaye takkan sakit dan takkan kecewa..
Mi cakap.. semua Allah kasi ade sebab..
Ade gantiannya ada hikmahnya..
Ye shaye tahu dan shaye redho..

Mungkin shaye hilang sesuatu..
Tapi alhamdulillah Allah kasi petunjuk buat shaye..
Shaye taknak yang cukup sempurna..
Cukuplah yang setia dengan shaye..
Yang mampu terima lemah dan kurang shaye..
Yang bisa mendorong shaye untuk lebih taat padaNya..

Seseorang itu memang bermakna..
Seseorang itu pernah jadi cinta hati shaye..
Seseorang itu amat terbaek bagi shaye..
Seseorang itu banyak membimbing shaye..
Seseorang itulah selalu dengan shaye..

Kini semua dah tiada..
Allah dah tegur shaye untuk tidak mengenepikanNya..
Shaye dah jauh dariNya..
Shaye amat berdose..
Shaye cuma mahu Dia..
Dialah sepatutnya yang shaye kasihi..
Ya Allah...ampunkan shaye..
Hanya Allah yang lebih utama..
Moga cinta hati shaye ini sentiasa bersama shaye..aameen..

(^_^)

------=====------


There's nowhere to run
I have no place to go
Surrender my heart, body, and soul
How can it be
You're asking me
To feel the things you never show
(^_^)

Maaf ye-

Assalamualaikum wbt..

I ade hajat nak lunaskan kat sini. Simple je sebenarnya.. Tapi I rase better I terus terang dan tak payah nak teka-teki. Kan tadi I cakap simple so here it goes.. 

Kepada sape-sape yang bace blog ni..maaf ye kalau kate-kate I buat U sakit hati atau terluka. Act, I wujudkan blog ni semata-mata untuk I luahkan rase, pandangan, dan pendapat. I mengaku I tak pandai nak bermadah helah atau bermulut manis. Ni la medan I nak berperang untuk menyuarakan ape yang I rasa. Menaip macam ni at least kasi peluang untuk berfikir sebelum I lepaskan tembakan. I takde niat nak menembak sape-sape cuma I prefer untuk post entri yang berkenaan dengan diri I. Tapi, I dengan rendah hati ingin mohon maaf lagi sekali sebab I tau tulisan I ni barangkali masih buat orang lain sakit hati. Maafkan I semua.

-mAaf..AsiF..SorRy..Dui bU qi-

sad love story..

Assalamualaikum wbt..

Hmm.. I tak pasti tajuk entri kat atas related @ not dengan apa yang I nak merepek ni. Yang pasti I nak cakap pasal cinta. Talking about love buat I rasa hati ini indah and kembang semangkuk. Tapi itu dulu dan sekarang I tak pasti mana perginya rasa teruja dan indah itu.

Dimulakan dengan proses lamaran, saling mengenali hati budi dan diperkenalkan kepada orang tua dan keluarga masing-masing buat I terpana dan yakin inilah cinta I. Restu family kukuhkan semuanya dan janji dipateri antara dua hati. Amat indah~

Selama beberapa tahun ni, dia I punya. Itu yang I rasa. Tapi..dalam tempoh ni, banyak dugaan dan ujian yang datang. Normalkan semua ni? Yang kuat akan bertahan dan yang lemah akan mengalah. Yang kuat itu pasti menang dan yang lemah itu pasti kalah. Kan, kan? Bagi I, bertahan dan bersabar itu perisa mujarab untuk perjuangkan cinta. Buat apa bercinta kalau matlamat bukan untuk ke alam rumahtangga?

I tau semua dah maklum bukan mudah menggapai kebahagiaan tanpa kepercayaan dan kesetiaan. Bukan senang jugak nak pertahankan hubungan tanpa kesefahaman dan keserasian. Cinta yang suci datang dari hati nurani yang ikhlas, yang dipateri kerana Allah, yang digapai untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. Seberat-berat dugaan yang datang, akan disambut dengan tenang dan tangis kesyukuran.

Ini diri I---> Mungkin nampak lemah luaran dan dalaman. Yang tahu dan kenal I, akan tahu siapa I sebenarnya. I pantang berundur dalam belajar tapi mudah tersungkur dalam percintaan.. Jujurnya.. I tak pernah kenal cinta dan tiada keinginan untuk bercinta sepanjang I belajar dari tadika sampai habis SPM. Hmm,, bila dah gatal sikit I mula bercinta..Cinta pertama..already gone...Cinta kedua..till now.

Cinta hari ini..I tak tau kesudahannya.. Kali ini daya untuk berjuang tiada..I gagal untuk bahagiakan dia. I tau someone itu boleh bahagiakan dia. I akan doakan mereka. Itu pasti! Mencintai tak semestinya memiliki begitu juga vice versa~
"Terima kasih awak kerana bagi peluang untuk saye"

(^_^)

Kaseh dari Jepun..

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah..
I dapat contact dengan sahabat baik I di Jepun.. Thanks Hana yang penyayang yang selalu sayang I. I pon sayang U. Sungguh!!

Tika ini.. I perlu motivasi yang lebih untuk berdiri. Hana..thankssss.. Tak tergambar macam mana I nak gambarkan betapa Allah sayangkan I and hantar U untuk I..
Terima kaseh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..=)

Hana..
Arigato gozaimas..I doakan U cepat pulang and berjaya abis study dengan najah, insyaAllah..aameen..
"when life knocks you down on your knees, then you are in the best position to pray.."

Untuk U yang bernama Nurul Hana..
Ye, Allah memang cemburu kalau ade yang lain dalam hati kita selain Dia.
Allah akan tarik sesuatu dan gantikan dengan yang lain.
Allah ambil apa yang kita sayang untuk tegur salah silap kita.
Allah lebih tahu segalanya dan apa yang terbaik buat kita.
Apa ada dengan perancangan kita berbanding perancanganNya?
Allahuakbar...
Allah itu Maha Kaya, Maha Adil, Maha Sempurna.
Siapa kita di depan dan di sisiNya?
Siapa kita mahu menghalang sesuatu dari berlaku?
Siapa kita?
Allah Maha Besar lagi Maha Pengampun..
Moga dosaku diampunkan..aameen..

Hana sayang..
Persahabatan ini amat indah Lillah..
Ingat janji kita bersama..
Tangis dan ketawa kita selalu bersatu dulu..
Moga ia sentiasa mekar dalam hati.. 

" May I borrow your shoulder to cry on?"-Fiza
 "Jijah, I need your shoulder to cry on.."-Hana
See..tak kisah la I or U duduk kat ceruk mane, kita memang sayang persahabatn ini..

Thanks Allah for the gift of friendship..
(^_^)

owh semput datang lagi-

Assalamualaikum wbt..

Hmm..buat kazen-kazen I,korang percaya tak kalau kak yong cakap kak yong online kat kampung? Haa..terkejut la tu..I guna berukband kat bilik atok ni.Korang tak pernah cubakan? Sebab bilik atok selalunya cucu pompuan yang kongker? Jeles tak? =D

I dah jumpe lokasi yang tepat ye sepupu sepapat sekalian. Lepas ni korang jangan risau..cucu-cucu atok boleh beron9 dah and korang yang suke berFb boleh update status Fb korang kat kampung..Suke la tu..huhu

Tapi ade peringatan,line tak selebat kat tempat kite. So, segala kesemputan line harap tak terlalu dilayan. Sabo ye..

Eh, line semput kembali. I tak daye nak layan bende ni. Mase untuk siang ikan sepat..sayonara~

Hidup lebih bermakna andai kita selalu redho..love

Assalamualaikum wbt...
Eh, cuti I yang panjang tu dah nak habis. Tinggal berapa hari je lagi. Malas nak balik kolej sebab rutin I akan berubah lagi. Dah tak boleh tengok tv. Takde dah cite csi, numbers, and oprah yang I suke tengok pagi-pagi. Confirmly I dah tak tau pasal cite Mis Tres Hermanas pukul 11.30 lepas masak, cite Alisa pukul 2 petang, cite She Wolf pukul 3 petang, sinetron Cinta dan Anugerah pukul 5.30 petang and Benci Bilang Cinta pukul 6.30 petang.Hmm..hobi mase cuti akan ditamatkan =)

I ada rasa rindu kampus. Rindu dewan kuliah and kari kat cafe. Tapi sebelum ke kampus, ada hal pasal kolej nak uruskan. I tak tau I dapat rumah mana, tingkat berapa, blok apa, and dengan siapa. Yang pasti, barang I 3 kotak dan beg besar macam guni tu nak angkat macam mana. Waktu sumbat semua tu dalam stor, I berkolabrasi dengan bestfriend I. So, semua jadi ringan. Rasanya, I balik nanti dia tak sampai lagi sebab dia takde tiket flight lagi. Apa pun, I kena makan banyak and tambah energy sementara ada di kampung ni sebab mungkin I akan terkodek-kodek angkat barang-barang I sendiri. Aishhh~

Lepas masuk sem ni, surely I busy. Tesis oh tesis. Kepala I akan semak kembali dan akan sakit di beberapa tempat. Akan kembali lelah dengan assignment. Akan kembali runsing dengan exam.. Tamo-tamo..

I dah nak practical akhir Disember tahun ni, insyaAllah. Lepas grad, konon nak masuk maktab. Cuti sem ni I terbukak hati nak jadi cikgu. Sejak bila tah.. Dulu masa kecik, pantang orang tanya pasal cita-cita, laju je I jawab, I nak jadi doktor atau saintis. Haa..ada kelas la konon.Tapi, dah beso ni, tak tahu pulak nak jadi ape.
Joblesskan menggunung, so I plan nak jadi cikgulah. Mulia what? kan? kan? Tapi nak jadi cikgu pun bukan senang. Cabaran jugak. Hmm..positif la kan, takde feel kalau takde cabaran. InsyaAllah, kalau ada rezeki, dapat kerja yang baik, I on. I rasa I tak terlalu memilih nak yang standard, gaji power or boleh hidup mewah asal family I hepi I boleh senangkan diorang cukup~

Memandangkan I dalam Arabic n communication field, I lagi tak tau ape I nak jadi. Wartawan, oh no! Amat sibuk and I takde gaya nak jadi reporter. Pengalaman ikut reporter Tv9 dah tunjuk kat I semuanya. Yang best pon dapat makan free and sedikit seronok kalau dapat cover berita kat obesi @ hotel mewah. Materialistikkah? Hmm..maybe, tapi -1. Konon sekiranya dapat permission dari big boss I untuk sambung master, I akan tukar plan. Tapi setakat ni I jatuh cinta nak jadi cikgu. Selamat pagi cikgu! Oh dah terbayang bila I masuk kelas, anak murids I akan wish sedemikian. Berangan sedikit tak salahkan? =p

Sedikit geli jantung I bila nenek I tanya bila nak bertunang. Owh..perancangan I dah bertukar. Harap nenda I memahami. (",)

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk I lebih bahagia.Thanks ye kepada semua ahl bait and 3 orang hamba Allah yang selalu ada untuk I. Yang amat memahami, even U dah keje, still ade mase untuk I. Pandangan u buat I berpikir dengan lebih dewasa. Sahabat..seriously I sayang U berdua.

Hidup lebih bermakna andai kita selalu redho..love~

hati masih sayang

Assalamualaikum wbt..

Hati tak tenang.. I kena brainwash dengan mi I. I nak jujur and jujur. Jujur dengan diri sendiri walaupun kesannya amat pahit and boleh buat I down.

Hmm.. hati masih sayang~

Owh shaye memang kuat!

Assalamualaikum wbt..

Pagi tadi amat indah tapi cuaca di hati I mendung tatkala menjelmanya jam 3 petang ini. Terbaca status seseorang di Fb menghilangkan terus mood I. Mood I dah berubah kesedihan, kepiluan dan entahlah hati I dah diselubungi air mata.

Hmm..air mata dah lama tak keluar sebab hati I dah warning no more tears. I pun tak berkeinginan nak nangis sebab dah penat and takde guna pun rasanya I sedih-sedih. Act, seseorang yang kerap menangis tak semestinya dia seorang yang lemah and seseorang yang tak menangis tak semestinya dia kuat.

I rasa I dah tak kisah about something sebab hati I dah memang takde untuk itu. Alhamdulillah I bukan seorang yang suka terjerit terlolong mintak tolong only nak sedapkan hati sendiri. Yang pasti Allah nak kasi tau something kat I. I cuma harap I diberi kekuatan untuk lebih teguh berdiri sendiri, insyaAllah.

I boleh buat conclusion kat sini, kalau kita nak sesuatu penghargaan and terasa nak dihargai, tolonglah hargai orang lain dahulu. Jangan sesekali meminta emas sedangkan kita tak berusaha menempanya..

Wallahua'lam...

Sesekali diuji

Assalamualaikum wbt..
I sangat suka lagu Nice- Sesekali diuji
Liriknya seperti di bawah.. hayatilah bersama..

Apa jua bala bencana singgah menerpa
Menguji jauh mananya sabar kita
Mungkin selama ini kita terlupa

Kita terlalu leka dengan nikmat kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila kesusahan

Terasa hidup terlalu payah
Berbagai persoalan menerjah
Baru minta petunjuk hidayah

Usah berputus asa

Kerana ada rahmat disebaliknya
Yang tidak kita ketahui
Dalam hidup ini
Teruslah berdoa

Pada Allah

Pengasih…Pemurah dan Penyayang

Kita terlalu leka dengan nikmat…kurniaanNya

Maka diberi sedikit ujian
Menguji tahap keimanan dijiwa

Bila hati ini merindu

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan ini I berikrar, I memang rindukan adik I yang jauh di Taiping.
Sangat rindu. Bila U nak balik umah adik? Tak sabar nak peluk si budak kecik itu.
Selalunya I balik cuti-cuti Malaysia, mesti adik I ade and akan serbu bile I menayang muke di depan pintu. Bukannya die terkam I, tapi terkam beg I yang ade lappy. Owh, dasar suke maen game punye budak. Always call I and pesan kat I, "Yong, jangan delete game bola n game-game adik yang lain. Nanti adik nak main." 

Emm..tadi mase mi I cuci-cuci fridge, I nampak banyak coklat mahal-mahal yang dah digabungkan dalam satu beg plastik.Wow! Terjerit I. Siapakah yang kaye membelanjakan duit membeli coklat-coklat sedemikian rupa? Eman simpan untuk I rupe-rupenye. Bukan die beli tapi tu sume hadiah-hadiah birthday die.

Amat terharu. Amat baik adik I. Besday die bulan 2, sekarang dah bulan 5 pun. Sebaknya hati ni. Thanks adik!

I miss u, Aiman..

sorry seems to be the hardest words

Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.


Sorry seems to be the hardest words.
I mintak maaf pada yang berkenaan. I tak sengaja dan memang out of my intention.
Maafkan I ok?

I betul-betul rase bersalah. Please jangan jauhkan diri U yang dah memang jauh.
I beg U..maafkan I..

Moga Allah sentiasa menjaga U,aameen.


Wassalam~

Bila..aku sudah tiada

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, I dah habis angkut barang ke Sutera Indah.
Akhirnya penat lelah I membungkus, membalut n menyimpan semua harta pusaka ke dalam kotak emas berbaloi. Dapat habuan sengal-sengal di pinggang dan lenguh-lenguh di jari kiri dan kanan.Amat seronok.
Thanks untuk pakcik Air kerana dirimu amat baik menumpangkan I dengan housemate I sampai ke Nilam.

Ehem..
Bila I dah takde kat Camellia, mesti makcik nasi lemak rindu kat I..
Mesti orang Smile tercari-cari I..
And dah semestinya kucing-kucing yang selalu lepak kat tangga and depan pintu umah I kebingungan .
 owh..tak mengapa..

tata..

Bila I mula berfikir tentang soul+mate

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

K- KEKASIH
K- KELUARGA
K- KAWAN-KAWAN

3K yang I sematkan dalam hati I.

K- KEKASIH (ALLAH)
K- KELUARGA ( MUMMY, BABAH, ADIK-ADIK n SEMUA)
K- KAWAN-KAWAN (ANDA)

Buat my future soulmate..(I pun tak tau siape)

I tak pasti kasih sayang I dengan U akan bersatu atau tidak.
Tapi believe me, perasaan yang Allah kurniakan ikhlas I limpahkan.

Sedikit pantun cintan buat U yang berkenaan.

Hitam putih warna rambut,
Rambut beruban tak semestinya tua,
Kasih yang diberikan setulus I sambut,
Moga impian U n I akan terlaksana.

Jiwangkah?
Tak kesah. I kacau U ke? takkan.
So keep quiet =p

Allah mengetahui niat kita..keikhlasan kita..
So be nice with your heart =)

Bila hati meragam

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

Mood semalam-Amat suke
Mood hari ini- Amat tunggang langgang
Mood esok- Masih belum pasti

Hal pertama- I tak sure ape sebenarnye yang membelenggu diri I. Rase macam ok. Tapi sebenarnya tak.
Perasaan hari ni lebih ke arah negatif. Kenape ye? Surely, takde kene mengena n tersangkut sikit pon dengan paper Research Method sok. I enjoy exam n I ade goal nak achieve. As usual, ingat pe yang mum I cakap. Hmm..I'm not pessimist n try to b +.

Hal kedua- Hati sebak. Sakit dada n sesak nafas!
Haru biru hijau gunung merah darah.
Pedih, sedih n letih. Dengan perasaankah?
Only I yang paham. Takde tersorok dalam kamus so tak yah risau nak cari. (^_^)
Amat terkilan bercerita meluahkan dengan bahasa yang difahami tapi tiada siapa yang mengerti.
Allah yang faham sebenarnya.
So, lamakan sujud mohon doa n petunjuk pada Allah~

Hal ketiga- Salah I ke?
I ke mintak those thing happened?
I ke puncenye?
I ke? I ke?
Nape macam I je ?
Tapi bukan I kan?
kan? kan?

Selfish ke soklans di atas?
Trully, I tak tau pape.
I cume pandai melimpahkan..
N I tak tau menghilangkan n memutuskan..
Itu I. So what?Am I care?

Hal keempat- Why people hard to understand?
Acapkali I dengar soklan sedemikian.
Mereka faham kitakah?
I try to understand. So plz give me more time.
Sometimes, we think that we r better understanding.
Perasankah?
So plz accept all.Mereka cuba memahami bukan tak mencuba.
Be respect okey?

Hal kelima- Sesuatu jadi atas kerelaan or vice versa?
Accept n accept dengan rela hati n seikhlas hati.
Nape tanye I bile ia terjadi?
Mereka, I tak terkate n terjawab sekiranya U bertanye.
Bukan I arrange n I pun menerima.
So, we are in same place.
Shortly, ALLAH yang aturkan semuanya.
Maybe kita merancang bagai nak rak tapi akhirnya ke mana?
The answer is Allah tak izinkan.
So redha!

Maaf U..Niat I bukan nak menyinggung perasaan U. Langsung tidak.
Just to sharpen my ability to overcome..
For myself~~
Wassalam..

Tak terkate..

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..
Akhirnya, I dah teringin nak bukak blog ni kembali. (^_^) yea2

Hmm..I baru kua stadium coz dah habis paper maharat tarjamah.
Terkeluar dari stadium awal 15 minit dari masa sepatutnya sebab I dah penat duduk 3 jam.
Otak sedikit letih dan mata memang kuyu. I rindu bantal ---

Sengaje ke cc sebab I'm waiting 4 someone 2 chat..
Dah lame xcontact..kunun la..
Hana yang di Japan..bile U nak balik Malaysia?
Awak yg di sana, bila U nak balik?
Owh..

Sedari I hidup, I ade bakat tembak menembak.
Tembak jawapan mase exam. I xgemar dan memang tak suke. This is the last way I think.
Tapi hari ni entah la.. Salah soklankah? Exactly not!
Salah I la..Xpe2..at least I memang khatam sume bab da..peratus terkilan kurang sedikit.
Nasib xmenyebelahi mungkin. Its ok.. =)
Yang pasti kawan2 pon cakap soklan susah. Xpe,next paper pulak.Berusaha!

Ehem2..tonite g pizza sebab kawan blanje.Amat seronok. Alhamdulillah.
Thanks kepada yang berkenaan. Nanti sekiranya ade nuqud lebih, akan I bawak korang jalan2..
Belanja korang pulak.yea! InsyaAllah..

Schedule tonite dah ade lam pale. Mudah-mudahan dengan izin Allah I dapat laksanakannya.
Sedikit melayangkan jadual yang amat padat..
Balik pizza..and and and..
 I nak qada' balik mase I dengan study.
Bertemankan air mineral sebotol dan beberapa keping chipsmore..I akan stay up tonite..
Dengan ini I berikrar...
" I kene banyak study dari maen."
Asek2 last minute ..(?????) Xley ubah betol..malas nak kecek da..

Kla..
Sangat xsabar nak study malam ini sebab I suke subject2 minggu depan..kunun la.
Minggu depan yang amat pact..4 ari exam 1 hari rest..setiap hari kene sumbat fact dalam pale..its ok mum I kate...ok la I replied..huhu..xterkate da..
Yang pasti xkan I kasi pisang berbuah 2 times. So kena lipat gandakan usaha. Masih ade mase untuk wat yang terbaek.
Moga Allah permudahkan. Aameen..

Dah penat..
Assalamualaikum wbt..

Oh rindu datang lagi!

Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim.

Dah lame I tak jenguk umah I yang lagi satu ni. So, tak nak rase bersalah sangat I nak post gak entri baru. Simple tapi berkesan kat hati I. I merasakan sedikit kelainan mengenai perasaan I. Tak sama macam sebulan and dua bulan lepas. This month macam caca merba. Rindu pulak kat bubur caca mummy I. This month jugak sedikit kacau bilau, tunggang langgang dan amat sibuk. Sibuk dengan kerja, presentation, test dan menyedapkan perasaan sendiri. 

I tak rasa diri I ni ok. KO mungkin1 Sedih jugak bila duduk sorang-sorang. Dulu I suke malam sebab I boleh lepaskan lelah I bekejar dan berlari ke kelas yang tak dinafikan memang pact dari sem 1. Seawal jam 8 pagi sampailah 10 malam, kelas I memang berbaris lurus. Takde bengkang-bengkok untuk rest. Cuma berapa minit untuk solat dan makan. Susah jugak hidup sebagai pelajar.
Sekarang malam I untuk mengadap lappy menyiapkan assignment yang terjerit terlolong mintak disubmit.Letih~

I rase teringin sangat nak lepak kat tepi laut. Seriously rindu nak jumpe laut. Dulu suke jugak hang out kat tepi pantai. SubhanaAllah, tak tergambar perasaan I. Tapi sekarang dah makin tua ni dah takde sape yang bawak I. Tak mengapalah.

Tadi classamates I discuss untuk kem ke Ulu Kenas. Release tension!
Tapi ade confusing. Nak pergi bila tak confirm. mase gap exam or lepas exam Muet diorang. I just follow suara majoriti. Sangat tak kisah. Cuma kisahkan I nak balik Ipoh cepat. Rindu Ipoh. Rindu families I!

Dah la rasenye untuk kali ini. I memang suke hilangkan beban I kat sini. At least I ade 'someone' untuk I bercerita. Banyak benda dalam hati and kepala ni. Teringin jugak nak kongsi. Tapi takde orang yang sudi. Mungkinkah?

Mood rindu pulak :(
wassalam...

Sedikit tension..

Bismillahirrahmanirrahim..
I sengaje depict that pic above. I tension and terase bahang stress nak masuk dalam diri I. Seriously this morning semangat I down, rase nak nanges and suare pon payah I nak keluarkan. Moody~~~


Kenape ye I tension dengan lambakan assignment yang semuenye mintak disetelkan segera ni? Dua hari lepas dah berkampung di umah kawan I. Leteh hiking ke tingkat 4 block D Camellia. Tido tak tentu and I kene qadak segera sebab nanti banyak masalah laen pulak timbul. Sebenanya, itu semue gare-gare nak create web punye pasal. Penat la u. I ade banyak lagi assignment laen. Malas nak listkan kat sini. Senang cakap total sume keje I ade 11 tugasan.

Sekarang dah week 8 and week 13 sume assignment need to submit.Truly hope sume task ni I dapat settle down instantly and hasilnye pon mudah-mudahan terbaek~

Nak cite sikit pasal stand upper yang sampai sekarang I pening nak buat. Task ni ala-ala I kene jadi reporter konon-kononnya macam Karam Singh Walia and Mazidul Akmar Sidek. I baru je decide I nak wat pasal debate and I nak interview sape-sape yang teringin masuk tv. So kene banyak doa, moga Allah permudahkan segalanya.


Hmm..pasal newspaper agencies pulak, I dengan 2 orang lagi bestfriends I nak gali pasal New Sabah Times. Dah two times I sent email kt chief-in-editor NST tapi sampai sekarang masih tak dapat jawapan lagi. Tak mengapelah, jap lagi I cube anta lagi email. Moga Allah bukak pintu hati diorang untuk reply mes I. Ya Allah, 
I dah tak daye nak explore google and search pasal NST sebab sume yang madam I nak takde dalam tenet except background information.=)

Sebenanyakan korang, I ni membebel sebab notebook I dah jadi mangsa bebelan I sebelum ni. Oklah, I malas nak cakap banyak sebab nanti mulut I cramp. Cukup la tangan I penat tekan-tekan keyboard and at least beban dalam diri I ni dah ringan sikit, alhamdulillah.

Sebelum I publish this entry, I nak cakap thanks Allah sebab Allah Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Semua yang I tempuh setakat ni, betul-betul buat I hepi sebab Allah tolong I. Mekaseh jugak buat yang berkenaan yang sudi dengan I even time I hepi and time I cedey. A big smile to u all =D

In a nutshell, tension I dah hilang, alhamdulillah..

Salam sayang~~

dreaming n screaming..ghost story..

A very good day and thanks to Allah for giving me a chance to enjoy a great time for rest of my life..

Dis day..i dah buat assignment half way..alhamdulillah..a big changing for myself..i tau i tak berape nak rajin..so pas subuh td i dah type seciput assignment i..thumbs up for fifi...yeah..very good..so as a reward,i terrrajin turun bawah g beli bekpes untuk sume housemate i..baekkk tahap gaban..=)

Hmm..semalam mimpi ngeri..i xtipu..
2 kali mimpi,,antu baizura dalam cite jangan tegur lagi pon join sekali..
tah.tak tau nak cite camne..
surely semalam serem..xley tido..nk kate xbace doa,bace..
ish..semalam seriously sume housemate i de cte pelik..
time bekpes pagi td sume meluahkan perasaan..huhu..

i tak berani nak cte banyak2 kat sini..i bukan power puff girl pon..
tapi its not mean i ni penakut gle..i ni middle2 la..
my mum penah advise i atas dasar kepenakutan i ni."dalam kubur nanti sorang2 jugak.takde sape teman".exactly yes!!

kawan-kawan...semalam i tertido n terbangun almost 2 and half hours o'clock.honestly i malas nak tahajud smlm sbb ngntuk kuasa 3..nk g toilet pon patah balik sbb i think i looked something weird in da toilet..hmm..so i tdo x amek wudhu' smlm..yg pasal dreaming tu,those happened mase i tertido kt lua bilik..tamo cte pasal ghost pe yg kua tym tdo i..just nk highlight kat sini,we re predicted that 'something' was existed here..we dunno what..but all my fren have their each story version.so we've decide to recite Al-Quran together start this night..before, as we realized,we just recite Al-Quran separately..From now on,it is time to change..

Screaming?
no need to scream full stop.i rase i bukan penjerit terbaek.melainkan i dikejutkan secara terkejut atau mengejut ataupun i yang mengade-ngade nak scream..
Usually,i akan senyap on da spot kalau i tengok benda2 pelik.hmm..pasal kat bilik air semalam pon i juz senyap n terus masuk bilik.huhu..naseb baek i tak jerit.kalau i jerit konpem bising satu camellia..

cakap pasal ghost story ni..i ade cte nak story mory kat sini..kat sebelah blok i ni ade pihak tertentu tarah tanah and tebang pokok2.dulu hutan kat sini.sekarang mereka dan keluarga mereka sedang giat menjalankan aktiviti menarah tanah yang berbukit ni untuk wat masjid n taman perumahan.baguskan.sekurang-kurangnya meriah nak jemaah sebab masjid dekat.housemate i punye pendapat"mungkin sebab kerje2 yang melapangkan hutan 2 wat makhluk tertentu bekeliaran"..hmm.i no comment..yes or no..i dunno..

ape pon..i wish i dengan semua camellia's dwellers kat sini hidup aman damai penuh rukun..aameen..

Fifi is me..

Bismillahirrahmanirrahim..

I sengaje berblog malam ini.Nak cakap sikit dan harap takde yang salah faham.Sebenarnya kan korang,i wat blog ni sebab nak salurkan ape yang i rase.I ialah i yang sekarang.I tak pretend siape i yang sebenar.I ade satu lagi blog yang i buat lebih formal dan that blog untuk i kongsi maklumat dengan kawan-kawan i.

This blog pulak more close to me.I akan kurangkan beban i kat sini.I suke menulis so that's why la i bermanja-manja dengan blog ni.I dah lantik die ni sebagai i punye p.a.
Inilah satu-satunya good listener bagi i.Even die tak boleh bagi feedback kat i and just accept,but i am so happy because i have fifi n diary.

Sejak dua menjak ni,dugaan silih berganti.Kadang-kadang i rase beban and perlukan someone yang i percaye dan boleh dengar masalah i.Berapa bulan dalam tahun lepas,i rase i banyak pendam masalah i.I takde tempat nak bercerita and hanya pada ALLAH i lepaskan semua.

Tapikan korang,i pun hamba yang tak kuat mana.I need someone yang boleh share my happiness n misery.Kadang-kadang i nangis and rase lemahnya diri ini.I tak sangka benda ni jadi kat i and i pon memang tak sangka sedar tak sedar i boleh tempuh benda ni hampir 8 bulan.I rase i kuat.I kuat sebab mungkin i ni penyabar.Tapi i ngaku i bukannya kebal,sesabar i pun terjelepuk jugak.

I tak perfect n memang i ni beremosi.Banyak lagi kelemahan i and i rase cukuplah i je yang sedar.I akan accept sesape je yang bagitau kelemahan i sebab pandangan orang lain terhadap kita memang betul.Kadang-kadang kita tak sedar pun yang itu kelemahan kita yang ini kekurangan kita.Kita kan manusia yang tak perfect serba serbi, so terimalah pandangan orang lain.Kitakan hidup bermasyarakat,bukan duduk sorang-sorang atas pokok @ dalam hutan dan takde kawan.So,buruk macam mana pun orang cakap pasal kita,accept je.Takde kompromi!! Kan senang??

~~~~~~~~~~fifi is me..i am fiza~~~~~~~~~~~